Thursday, October 18, 2007

kategori awan larat

  • KATEGORI AWAN LARAT MENGIKUT WAN MUSTAFA

    Mengikut wan Mustafa, beliau menggariskan 3 prinsip awan larat. Prinsip itu adalah:

    Reka bentuk yang mengingatkan manusia kepada pencipta- seni ukir seperti ini mempunyai makna yang kuat dalam ukirannya. Ini menggingatkan meanusia kepada penciptanya secara langsung ataupun tidak.

    Ukiran yang menyenangkan indrawi- ukiran seperti ini tidak kuat dari segi maknanya tetapi ia dapat menenagkan indrawi pemilik ukiran itu. Ini adalah antara ukiran awan larat yang mudah untuk dihasilkan.

    Ukiran yang bermotifkan tumbuhan- ukiran seperti ini juga mengingatkan manusia kepada penciptanya dalam makna yang lain ia mengingatkan manusia apabila manusia berfikir bagaimana keindahan dan kejadian tumbuhan itu sendiri. Contoh terbaik bagi aspek ini ialah ukiran bagi istana raja patani yang mana bermotifkan buah sukun. Ada mengatakan bahawa raja patani pada masa itu sangat menyukai buah sukun sebagai santapannya dan dia mengarahkan agar istanannya dihiasi motif buah kesukaannya itu

No comments: