Thursday, October 18, 2007

ukiran

  • UKIRAN

    Ia merupakan salah satu produk klasik orang melayu.
    Ukiran klasik orang melayu ini tidak akan sesekali menikam antara satu sama lain.
    Ia mempunyai lambangnya yang tersendiri.
    Ukiran ini berispirasikan kaligrafi ayat al-quran.
    Setiap ukiran melambangkan ekspresi orang melayu.
    Untuk istana melaka pada zaman dahulu, corak burung laying-layang digunakan.
    Selain daripada itu, ukiran itu digunakan pada wakaf dan mimbar masjid.

    DAUN DAN BUNGA DALAM SENI UKIR

    Dalam seni ukir melayu ada 26 spesis daun dan 26 spesis bunga digunakan.
    Motif-motif utama dalam seni ukir ialah flora, fauna, gometri, kaligrafi dan kosmos.

    BENTUK

    Ia berbentuk timbul dan juga tembus.
    Ukiran ia juga ada yang rata, 2d dan juga 3d.

    KONSEP DAN FALSALAH SENI UKIR

    Ia berekspresi keindahan dan juga cinta.
    Ia lahir dari kejujuran diri si pengukir.
    Alam merupakan ilham ukiran melayu.
    Unsur keislaman juga diterapkan dalam ukiran.

prinsip awan larat

  • PRINSIP AWAN LARAT

    Seperti yang telah diketahui, awan larat merupakan salah satu motif atupunelemen ukuran dalam seni ukir melayu. Disini ada disediakan 4 prinsip awan larat yang telah ditulis@diterangkan oleh Rudin Salinger.

    Prinsip yang pertama ialah ruang yang seimbang. Ini bermaksud ruang ukiran di dalam seni reka melayu perlulah seimbang antara satu sama lain. Ukiran disetiap tempat ukiran perlulah mempunyai taburan yang sama rata antara satu sama lain untuk mengelakkan ketidakseimbangan dalam ukiran.

    Prinsip awan larat yang kedua ialah ruang kosong. Di dalam ukiran melayu ruang kosong perlulah diukir untuk mendapatkan keseimbangan.

    Prinsip yang ketiga ialah tumbuhan disejadikan. Ini bermakna motif tumbuhan yang digunakan dalam awan larat perlulah disejadikan terlebih dahulu. Ini juga menyebabkan figura manusia tidak boleh digunakan dalam sseni ukir melayu yang mana bertepatan dengan kehendak agama islam itu sendiri.

    Maoti ibu@motif utama juga merupakan antara prinsip awan larat yang perlu dititikberatkan oleh pengukir. Motif2 ibu ini adalah merujuk kepada motif seperti daun, bunga dan juga ranting. Motif ni merupakan elemen utama dalam seni ukir melayu. Motif ibu ini nanti kemudiannya kan dikelilingi dengan corak yang lain disekelilingnya.

peribumi

  • PERIBUMI

    Merujuk kepada etnik yang tinggal di sebahagian dunia.
    Mengamalkan system hidup turun menurun
    Konsultan Malaysia menyatakan peribumi Malaysia ialah orang melayu, orang asli dan peribumi sabah serta Sarawak.

    KAUM JAH HUT

    Jah hut bermakna bukan orang
    Pendapat menyatakan bahawa seni ukir orang jah hut sama seperti dengan seni arca India/hindu
    Ukiran: berbentuk geometri dan juga 3 demensi.
    Ukiran mereka juga kreatif dan juga bersimbol.
    Inspirasi ukiran mereka garipada khayalan dan juga mimpi.
    Ukiran mereka digunakan untuk perubatan
    Dalam asperk perubatan jah hut menggunakan sepili(penyembuh) untuk mengubati bes(penyakit).
    Sepili merupakan elemen ataupun ukiran perubatan bagi masyarakat jah hut.
    Setelah bes dimasukkan di dalam sepili, ia akan dibuang ataupun dilepaskan di sungai atau laut sebagai symbol penyakit telah dihantar semual ke tempat asalnya.

    KAUM MAH MERI

    Ia merujuk kepada orang yang tinggal di dalam hutan ataupun dalam kata lain iaitu orang asli.
    Ukiran pertama kaum ini dijumpai di kuala langat.
    Mereka menggunakan bahasa bersiri iaitu sisi.
    Mereka mempunyai kepercayaan yang tersendiri.
    Upacara penyembuhan mereka dikenali sebagai “sakkat buang”.
    Ukiran perubatan bagi kaum ini dikenali sebagai “moyang”
    Mereka mempercayai penyakit sebagai hantu.
    “moyang amal” merupakan pelindung bagi masyarakat mah meri.

kategori awan larat

  • KATEGORI AWAN LARAT MENGIKUT WAN MUSTAFA

    Mengikut wan Mustafa, beliau menggariskan 3 prinsip awan larat. Prinsip itu adalah:

    Reka bentuk yang mengingatkan manusia kepada pencipta- seni ukir seperti ini mempunyai makna yang kuat dalam ukirannya. Ini menggingatkan meanusia kepada penciptanya secara langsung ataupun tidak.

    Ukiran yang menyenangkan indrawi- ukiran seperti ini tidak kuat dari segi maknanya tetapi ia dapat menenagkan indrawi pemilik ukiran itu. Ini adalah antara ukiran awan larat yang mudah untuk dihasilkan.

    Ukiran yang bermotifkan tumbuhan- ukiran seperti ini juga mengingatkan manusia kepada penciptanya dalam makna yang lain ia mengingatkan manusia apabila manusia berfikir bagaimana keindahan dan kejadian tumbuhan itu sendiri. Contoh terbaik bagi aspek ini ialah ukiran bagi istana raja patani yang mana bermotifkan buah sukun. Ada mengatakan bahawa raja patani pada masa itu sangat menyukai buah sukun sebagai santapannya dan dia mengarahkan agar istanannya dihiasi motif buah kesukaannya itu